ROKOK
Definisi
tembakau dan rokok
Dari segi
bahasa, Kamus Dewan mentakrifkan tembakau ialah sejenis tumbuhan (herba yang
daunnya dikeringkan dan diracik tipis-tipis untuk dibuat rokok, cerut dan
lain-lain).[1]
Manakala rokok diistilahkan sebagai tembakau yang digulung dalam daun nipah.[2]
Rokok dari
istilah para fuqaha Islam, iaitu menurut pandangan Abdul Wahhab bin Abdul Salam
Tawilah, tembakau diistilahkan sebagai tumbuhan yang mendatangkan ketagihan
semasa digunakan, mempunyai pasaran yang meluas, diproses melaui daunnya, bau
tembakau boleh menjangkau diantara satu hingga satu setengah ela pada cuaca
yang sederhana. Manakala semasa cuaca panas, baunya boleh menjangkau sehingga
lima ela.[3]
Bagi Syuib
Abdul Munim al-Ghabbasyi pula, tembakau merupakan tumbuhan memabukkan yang
berbahaya, mengandungi agen-agen tertentu dan merbahaya dikenal pasti seperti Belladonna,
Aubergine (Solanacea) dan Hyoscyamus. Agen-agen ini adalah
sebahagian dari kandungan potassium dan ammonia yang membawa maksud sebagai
nikotin.[4]
Apa yang
dapat difahamkan, rokok adalah benda yang terhasil dari tembakau yang diracik
halus-halus dan digulung lalu disedut untuk dinikmati sehingga mendatangkan
suatu keadaan ketagihan yang melampau kepada pengamalnya. Ini disebabkan wujud
agen-agen yang dikenal pasti boleh mengkhayalkan penggunanya atau dikenali
sebagai nikotin. Ia juga mengandungi racun yang boleh membunuh secara
perlahan-lahan.[5]
Rokok
sebenarnya telah diklasifikasikan di dalam bab makanan dan minuman.[6]
Terdapat beberapa firman Allah Taala yang menyebutkan secara umum meliputi
semua jenis bentuk makanan dan minuman yang menyarankan agar manusia mencari
makanan dan minuman yang bersih, halal dan baik-baik sahaja. Firman Allah s.w.t
:
Maksudnya
: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah:
"Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia
tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…
(surah al-Baqarah : 219)
Apa yang
telah disebutkan di dalam ayat-ayat di atas, bentuknya adalah umum yang
merangkumi semua jenis makanan dan minuman dengan saranan memilih yang baik
sahaja. Apa yang berbeza ialah bentuk penggunaannya iaitu rokok bukanlah
terdiri dari perkara yang baik dan tidak mempunyai manfaat.
Kandungan
Rokok Dan Kesannya
Rokok pada
hakikatnya mempunyai pelbagai jenis bahan kimia yang kesemuanya membawa
kandungan racun yang berbahaya.
1.
Nikotin – ia
merupakan dadah beracun yang paling merbahaya, melalui satu suntikan dengan
kandungan satu milligram sahaja boleh membunuh manusia.[7]
Ia bertindak terhadap pusat kepuasan otak yang menyebabkan perokok teransang
pada peringkat awal, kemudian akan diikuti dengan kemurungan. Kemudian, ia akan
meningkatkan kepekaan mental, yang mana kadar nikotin yang diambil hanya
mengambil masa 10 saat untuk sampai ke otak sekaligus menjadi ketagih. Oleh
itu, perokok perlu merokok dengan lebih banyak untuk mendapatkan ransangan yang
sama.
Kandungan
nikotin yang berlebihan akan menjadi daya tarikan dan menyebabkan saluran nadi
pengamalnya menjadi sempit yang akan menyebabkan kerosakan otak. Kesan nikotin
juga ialah memaksa jantung bekerja lebih. Ini akan menyebabkan keperluan
oksigen semakin bertambah walaupun pada waktu rehat. Apabila berlaku tekanan,
keperluan oksigen semakin tinggi dan mungkin tidak dapat dibekalkan ke
otot-otot jantung yang akan mengakibatkan jantung gagal berfungsi dengan
sempurna serta boleh mengakibatkan kematian mengejut.
Nikotin
turut digunakan sebagai racun serangga, sekiranya pengguna terdedah secara
berlebihan, ia boleh mengakibatkan loya, muntah, cirit birit, berpeluh, rasa
sejuk, sakit kepala, gangguan pendengaran serta penglihatan, ketidakstabilan
mental dan tubuh merasa lesu tidak bermaya. Dalam keadaan yang teruk, ia boleh
menyebabkan maut.
2.
TAR – TAR yang wujud pada rokok dalah
bahan lekit yang bewarna kuning keperangan yang terkumpul di dalam paru-paru.
Ia boleh dilihat melalui tanda kekuningan pada gigi yang sukar dihilangkan.
Lubaib Baidhun berpendapat bahawa TAR adalah agen pembakaran tanpa sedar melaui
rokok iaitu ia menimbulkan kesan kekuningan terhadap kuku.[8]
TAR boleh menyebabkan pelbagai penyakit kanser dan penyakit pernafasan seperti
bronchitis, asma dan efisema.
Bahan TAR
apabila masuk ke dalam system tubuh akan diuabhsuai di hati kepada suatu bahan
yang dikenali sebagai epoksida. Ia amat berbahaya kerana melalui tindakannya
pada DNA menyebabkan pertumbuhan sel yang tidak normal pada organ, terutamanya
paru-paru.[9]
3.
Karsinogen – bahan
ini adalah elemen yang mengakibatkan kanser kepada perokok dan mereka yang
kerap terdedah kepada asapnya walaupun seseorang itu bukan perokok.
4.
Benzpyrene – bahan
kimia ini merupakan sejenis racun karsinogenik. Ia merupakan agen pembawa
penyakit kanser yang sangat merbahaya.
5.
Phenols – bahan
kimia ini terdapat dalam nikotin telah terbukti merupakan punca utama kepada
kerosakan saraf dan urat-urat halus di dalam salur pernafasan.
6.
Ko-Karsinogen – bahan
ini apabila bercampur dengan bahan-bahan kimia yang lain di dalam rokok, akan
menggalakkkan gejala kanser. Ia adalah bahan larut yang sukar dikesan dengan mudah.
MUZAKARAH
FATWA LARANGAN MEROKOK
Pengharaman
tembakau telah dikeluarkan oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Hal
Ehwal Islam Malaysia kali ke 37 pada 23 Mac 1995, muzakarah telah memutuskan
tabiat merokok adalah haram berdasarkan pelbagai fakta yang mengambil kira
kesan-kesan negative yang diperoleh dari tabiat merokok baik dari segi
kesihatan, social mahupun ekonomi.
Kenyataan
fatwa itu diperkuatkan dengan beberapa peristiwa yang berlaku diseluruh dunia
terutamanya di Negara maju seperti Amerika Syarikat yang melihat ratusan juta
ringgit telah dituntut daripada syarikat-syarikat tembakau sebagai pembayaran
balik perbelanjaan kesihatan hasil daripada pelbagai jenis penyakit akibat
penggunaan tembakau seperti serangan jantung dan barah paru-paru juga masalah
kepada penghiduan asap rokok secara pasif.[10]
Jawatankuasa
Hukum Syarak Selangor telah mewartakan pengharaman rokok pada 7 Disember 1995,
mengikut subseksyen 31 (1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam
1989 yang telah diputuskan pada 25 Oktober 1995.[11]
Hukum ini
diputuskan berdasarkan rujukan yang dibuat dalam al-Quran, Hadis dan pandangan
pakar-pakar perubatan. Adalah jelas dalam al-Quran dan hadis bahawa perbuatan
yang memudaratkan dan membawa kepada kebinasaan adalah dilarang dan pakar
perubatan menyatakan merokok dapat menjejaskan kesihatan.[12]
Pada Januari 1996 pula, satu garis panduan pengharaman merokok telah
dikeluarkan, Jawatankuasa Fatwa telah menagmbil keputusan bersetuju dengan
pengharaman merokok kerana kemudaratan dan pembaziran.[13]
HUKUM
MEROKOK
Hukum asal merokok adalah berubah-ubah mengikut zaman dan
interpretasi ulama’ setiap zaman. Sebelum seseorang berpegang kepada hukum
rokok, ia perlu memahami secara jelas 4 senario kematangan ijtihad rokok.
Pertama; Dr. Abd al-Jalil
Syalabi ahli badan penyelidikan Islam menyatakan menghisap rokok tidak wujud
zaman Nabi s.a.w., juga zaman penyusunan teks fiqh para imam yang terawal, juga
ketika munculnya mazhab-mazhab fiqh. Perbuatan merokok hanya muncul lebih kurang dalam kurun
ke 16 Masihi.
Senario kedua ialah keupayaan fuqaha menyimpulkan hukum rokok amat
terhad kepada perumusan dalil-dalil syarak yang umum. Adapun fakta sainstifik
mengenai kebaikan atau keburukan rokok tidak diperolehi kecuali dari
pemerhatian umum bukan pengkajian. Pada masa mereka itu, dengan tahap teknologi
yang seadanya tidak kelihatan secara jelas akan bahayanya merokok itu kepada
kehidupan tamadun manusia.
Senario ketiga ialah fokus ulama sewaktu
meneliti hukum rokok adalah lebih tertumpu kepada orang yang menghisap itu
sendiri bukan kepada bahan yang terkandung dihisap itu serta sejauh mana
implikasinya kepada ekonomi dan sosial secara menyeluruh.
Berdasarkan 4 senario di atas, tabiat hukum rokok mengalami
reformasi ijtihad kepada 3 peringkat perkembangannya. Peringkat pertama pada
zaman permulaan kemasukan rokok ke bumi umat Islam pada tahun 1600. Peringkat
kedua tercatat pada zaman pertengahan dan peringkat ketiga ialah zaman moden di
mana alat-alat sains mula dicipta.
Sebagai pengetahuan, Dr. Abd al-Jalil Syalabi menjelaskan pada
zaman permulaan ada ulama yang
menganggap rokok sejenis minuman (syarb) yang hukumnya harus pada zatnya. Hukum
ini semata-mata dinisbah kepada orang yang menghisapnya sahaja. Manakala
hukumnya secara ditil,ulama tidak
bersepakat menurut kedudukan hukum taklifi yang lima sama ada harus bagi orang
yang tidak mendatangkan apa-apa kesan atas hartanya dan kesihatannya, ia
seperti kopi dan teh yang diminum. Makruh nisbah bagi orang sedikit hartanya,
bila harga rokok itu tidak memberi kesan terhadap hartanya bagi keperluan
dirinya, keluarga dan orang di bawah tanggungannya serta tidak mendatangkan
kesan buruk atas kesihatannya.
Haram nisbah bagi orang yang fakir yang memerlukan harga rokok itu
untuk belanja hidup dan keperluannya, sebagaimana haram untuknya bila ada kesan
buruk kepada kesihatannya. Sunat bagi orang yang mendapat kecergasan daripada
menghisap rokok itu bagi setengah daripada kerja-kerjanya. Kedudukannya seperti
kedudukan kopi yang menjadikan orang cergas dan tidak mengantuk. Wajib apabila
sabit dengan merokok itu dapat
menyembuhkan sesuatu penyakit yang dihidapinya. Kedudukan ini sama seperti ubat
yang wajib ia gunakan untuk memulihkan kesihatannya.
Dr Abd al-Jalil
Syalabi ahli badan penyelidikan Islam untuk rujukan kita bersama dalam
perbincangan ini. Beliau menyatakan bahawa menghisap rokok tidak ada zaman Nabi
s.a.w., juga zaman penyusunan teks fiqh para imam yang terawal, juga ketika
munculnya mazhab-mazhab fiqh. Perbuatan merokok hanya muncul lebih kurang
dalam kurun ke 16 Masihi.
Justeru, fuqaha
mampu melihat tentang hukumnya itu mengikut kadar maklumat yang ada
pada mereka. Pada masa mereka itu, dengan tahap teknologi yang seadanya tidak
kelihatan secara jelas akan bahayanya merokok itu kepada kehidupan
tamadun manusia.
Sehubungan itu,
tumpuan pandangan ulama sewaktu meneliti hukum rokok adalah lebih banyak
tertumpu kepada orang yang menghisap itu sendiri bukan kepada bahan yang
dihisap itu dan persekitarannya. Apabila terdapat fakta yang walau belum boleh
dipertanggungjawabkan menyatakan tidak ada bahaya rokok, maka sudah dipakai
untuk membantu memahami rahsia rokok.
Dr Abd al-Jalil
Syalabi menambah lagi; sebab itulah pada zaman itu ada ulama yang menganggap
rokok sejenis minuman (syarb) yang hukumnya harus pada zatnya. Hukum ini
semata-mata dinisbah kepada orang yang menghisapnya sahaja. Manakala hukumnya
secara ditil, mereka tidak bersepakat menurut kedudukan hukum taklifi yang lima
di bawah;
- Harus bagi orang yang tidak mendatangkan apa-apa kesan atas hartanya dan kesihatannya, ia seperti kopi dan teh yang diminum.
- Makruh nisbah bagi orang sedikit hartanya, bila harga rokok itu tidak memberi kesan terhadap hartanya bagi keperluan dirinya, keluarga da orang di bawah tanggungannya serta tidak mendatangkan kesan buruk atas kesihatannya.
- Haram nisbah bagi orang yang fakir yang memerlukan harga rokok itu untuk belanja hidup dan keperluannya, sebagaimana haram untuknya bila ada kesan buruk kepada kesihatannya.
- Sunat bagi orang yang mendapat kecergasan daripada menghisap rokok itu bagi setengah daripada kerja-kerjanya. Kedudukannya seperti kedudukan kopi yang menjadikan orang cergas dan tidak mengantuk.
- Wajib apabila sabit dengan merokok itu dapat menyembuhkan sesuatu penyakit yang dihidapinya. Kedudukan ini sama seperti ubat yang wajib ia gunakan untuk memulihkan kesihatannya.
Inilah beberapa
gambaran ijtihad pada tahun 1600 tahun dahulu dalam isu rokok. Hakikatnya
perbezaan hukum di atas bukan khilaf semata-mata tetapi gambaran dari
kegagalan ulama mendapatkan maklumat sebenar. Al-Syeikh al-Akbar Jad
al-Haq menegaskan ulama pada era itu dalam dilema antara kebaikan dan
kemudaratan rokok. Hakikatnya mereka hanya melihat kepada zahir perbuatan merokok dari
daun tembakau yang mengeluarkan asap. Mereka jahil mengenai kandungan dalam
tembakau yang membawa bahaya besar kepada paru-paru dan sistem tubuh badan
manusia. Ulama memang pakar dalam soal ilmu agama tetapi mereka tidak
memiliki pengetahuan dalam bidang sains.
Pendapat yang mengatakan merokok
adalah haram
Dalam menetapkan hukum merokok adalah haram,
pengkaji membahagikan pendapat mereka kepada dua bahagian iaitu ulama salaf dan
ulama semasa. Ini bertujuan untuk memudahkan rujukan dan kefahaman menerusi
hujah-hujah mereka selaras dengan perkembangan zaman dan disesuaikan dengan
syariat islam selaras dengan kemajuan masyarakat.
-
ulama-ulama salaf
menurut fuqaha’, amalan merokok ini bermula di
Damsyik, Syria dan menular ke dalam Negara islam pada wal kurun ke 11 hijrah
bersamaan 15 Masihi. Para fuqaha’ telah bersepakat dengan mengharamkannya.
Namun, mereka berbeza pendapat dalam menentukan illah pengharamannya sama ada
merokok memabukkan atau melemahkan tubuh badan atau iilat nya ia membawa
mudharat dan najis yang kedudukannya sama dengan arak.[14]
i.
Majoriti Ulama mazhab hanafi
berpendapat bahawa merokok adalah haram. Antara mereka yang mengharamkan ialah
al-Syeikh Muhammad al-Khuwajah dan al-Sheikh Muhammad al-Syahawi (Ulama’ di
zaman Turki Uthmaniyyah, Turki), al-Syeikh Muhammad al-Sindi, al-Syeikh
Muhammad bin Sa’d al-Din, al-Syeikh Muhammad al-Madani al-Hanafi[15]
ii.
majoriti ulama mazhab Syafie pula
berpendapat bahawa rokok adalah haram. Antaranya ialah al-Habib Ahmad bin Hasan
bin Abdullah al-Haddad al-Alwi, datuknya Abdullah [16],
Najmuddin bin Badruddin al-Maghribi
al-Amiri al-Syafie dan al-Syeikh Syarfuddin al-Syarbawi al-Syafie al-Misri
al-Azhari[17]
iii.
semua ulama maliki mengharamkan rokok
semasa membaca al-Quran dan ketika berada di dalam Masjid. Majoriti Ulama
Mazhab Maliki turut mengharamkan rokok dalam apa jua aktiviti dan sebahagian
yang lain pula mengharamkan rokok apabila terdapat kemudharatan. Antara mereka
adalah Allamah al-Syeikh Ibrahim al-Luqani, al-Syeikh Salim al-Sanhuri,
al-Syeikh al-Qarsyi, al-Syeikh Ahmad al-Maliki, al-Syeikh Khalil Bin Ahmad bin
Abdillah al-Maliki al-Ja’afari[18]
serta Abil Gais al-Gasas al-Maliki.
iv.
Majoriti ulama muta’alkhirin mazhab Hanbali
termasuk semua ulama Hanbali di Najd mengatakan hukum haram. Antaranya Syiekh
al-Allahamah Abdul Rahman al-Buhuti al-Azhari al-Hanbali, al-Syeikh Muhammad
bin Bilban al-Dimasyqi al-Salehi dan sebagainya.
-
Ulama semasa
Hukum fiqh
sentiasa berkembang dan ijtihad sentiasa terbentang luas untuk kegunaan umat
tanpa membelakangkan dua sumber terawal.
Antara
Ulama yang memberikan pandangan merkea bahawa merokok adala haram ialah Imam
Mahmid Syaltut[19],
Ahmad bin abdul Azizi al-Hussien, Abdullah Nasih Ulwan[20],
Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Dr. Yusuf al-Qardhawi[21],
Dr. Wahbah az-Zuhaili, dan al-Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah[22]
Hujah-hujah
pengharaman
1.
merokok menyebabkan kesihatan tergugat
sedikit demi sedikit kerana kandungannya yang diyakini merbahaya dan disahkan oleh pakar-pakar perubatan moden
dan agama islam apabila kemudharatannya sudah tentu mengharamkannya sesuai
dengan firman Allah (s.w.t) :
wur (#qà)ù=è? ö/ä3Ï÷r'Î/ n<Î) Ïps3è=ökJ9$# ¡
195. ….dan
janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan
(dengan bersikap bakhil)… (al-Baqarah : 195)
wur (#þqè=çFø)s? öNä3|¡àÿRr& 4 ¨bÎ) ©!$# tb%x. öNä3Î/ $VJÏmu ÇËÒÈ
29. dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan
sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.
(an-nisa’ : 29)
kedua-dua
ayat diatas melarang perbuatan yang boleh membinaskan diri sendiri atau boleh
mendatangkan bahaya terhadap diri termasuk kerosakan yang boleh berlaku bukan
dengan sebab syarak juga. Perokok sengaja untuk membunuh diri sedangkan
perbuatan itu adalah dilarang sama sekali.
Imam
Mahmud al-Syaltut lebih menekankan bahawa merokok dan segala perkara yang
berkaitan denganya adalah dianggap sebagai haram (pendapat yang terkuat). Ini
memandangkan dari segi kesihatan yang terjejas, selera makan berkurang, kurang
pengurusan diri atau yang lebih teruk lagi boleh mebinasakan diri teruatama
pada hati.
kaedah
ilsam yang umum menyebut bahawa perlunya menjaga lima asas utama iaitu aqidah,
nyawa, akal, keturunan dan harta. Mana-mana dari salah satu perkara di atas
terjejas, maka ia perlu dihindarkan walaupun dengan sebab yang kecil, boleh
membawa hukum sama ada haram atau makruh. Islam juga telah mengharamkan perkara
yang diharuskan apabila ia lebih menjurus kepada kemudharatan. Tambahan pula,
para pakar perubatan telah membuat kajian terhadap unsure-unsur rokok dan
mendapati terdapat unsure beracun yang mengancam kebahagiaan manusia.
peegambilan
illat hukum dan kaedah-kaedah syarak yang bersifat umum turut dinilai, iaitu
kemudharatan perlu diatasi dan mengambil manfaat adalah diharuskan. Apabila
wujud kesamaan antara manfaat dan mudharat, maka membasmi adalah lebih baik
dari mengubat.[23]
2.
rokok melemahan akal
golongan
ini berpendapat hukum merokok adalah haram dengan beberapa illah pengahramannya
sama ada merokok memabukkan atau melemahkan tubuh badan atau illahnya ialah ia
membawa mudharat dan najis yang kedudukannya sam dengan arak. Ini berdasarkan
hadis yang diriwayatkan Ummu Salamah [24]
عن أم سلمة قالت : نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن كل مسكر و مفتر
Maksudnya
: Dari Ummu Salamah telah berkata : Rasulullah s.a.w telah melarang dari
mendekati setiap perkara yang memabukkan dan melemahkan tubuh (mengkhyalkan).
Ibn
al-Athir, Ibn Hajar al-Haitami dan al-Khattabi mentafsirkan kalimah و مفتر sebagai :
a.
sesuatu apa yang digunakan oleh
manusia boleh meyakitkan tubuh dan menyebabkan badan menjadi lemah.[25]
b.
para ulama berpendapat bahawa
al-muftir ialah setiap apa yang berkaitan dengan melemahkan dan memabukkan pada
semua segi.[26]
c.
al-muftir ialah apa yang melemahkan
dan mengkhayalkan tubuh, manakala mabuk pula meliputi semua segi dengan dimulai
dengan mabuk (al-sakr)[27]
d.
kitab lisan al-Arab pula, kalimah (al-muftir)
membawa makna yang seerti dengan memabukkan. Ini berasaskan kepada makna yang
zahir pada segi istilah bahasa.[28]
e.
Ibn Hamdun memilih bahawa rokok itu
adalah melemahkan (al-muftir) secara mutlak dan ia haram digunakan walau pun
sedikit kerana ia sama dnegan banyak dari segi penggunaannya iaitu melemahkan
atau melesukan badan.[29]
pengharaman
disudut illah ini turut disokong oleh Najm al-Din al-Zahidi al-Hanafi dnegan
berpegang kepada hadith yang diriwayatkan dari Ummu Salamah.[30]
Ibn
Taimiyyah menyatakan menerusi kitabnya Majmuk Fatawa bahawa :
“ tidak
ada bezanya di antara mabuk kerana makan, minum atau telah seperti ganja.
Walaupun rokok hanya melemahkan akal dan tidak memabukkan, namun ia mewarisi
sifat seerti arak juga. Bahkan ia lebih memudharatkan lagi.”
Ibn Baitar
menyokong dengan menyebut bahawa :
“ Rokok
atau hasyisy mudah diperolehi dengan harga yang murah dan mempunyai banyak
keburukan. Setengah ulama menyebut bahawa terdapat seratus dua puluh keburukan
rokok dari segi gama dan dunia. Keburukan yang paling besar ialah terdapat
nikotin dan kemudharatan yang lain”.
Jelas
disini bahawa pengharaman merokok berdasarkan tafsiran-tafsiran oleh beberapa
fuqaha’ dari berbagai cabang ilmu adalah haram berdasarkan bukti-bukti nyata
berkaitan dengan merokok.
3.
Rokok adalah benda yang kotor
Maksud
kotor dari segi bahasa adalah sesuatu yang dibenci untuk dimakan atau diminum
serta dibenci untuk dihidu atau disedut. sifat-sifat ini wujud pada rokok dan
ditambah dengan kemudharatanya sehingga sifat tersebut kekal bersama perokok.
Al-Syeikh Muhammad bin Ibrahim , bekas mufti kerajaan Arab Suadi yang lalu dalam fatwanya tentang rokok telah mengatakan haram. Ini kerana ia dilihat
memabukkan dan atau melemahkan iaitu memudaratkan kesihatan, membazir harta dan
mendatangkan bau yang kurang elok. [31]
Nabi
Muhammad s.a. w pernah melarang mereka
yang memakan bawang putih dan bawang besar dari measuki Masjid . Baginda telah
bersabda :
عن ابن عمر رضي الله عنهما : أن رسول الله عليه وسلم قال في غزوة خيبر من أكل من هذه الشجرة يعني التوم فلا يأتين المساجد
Maksudnya
: Daripada Ibn Umar r.a katanya : sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah
bersabda ketika dalam peperangan khaibar: sesiapa yang memakan dari pohon ini
aiaitu abawang putih maka janganlah dia memasuki masjid.
Merokok
dianggap haram dengan mengqiaskannya kepada bawang putih dan bawang besar kerana
baunya yang busuk. Walaubagaimanapun,
bawang masih memberikan faedah dari segi kesihatan dab baunya yang busuk akan
hilang apabila di masak. Ini berbeza dengan rokok yang memang tidak membawa
manfaat langsung dan baunya yang busuk tetap kekal. Tambahan lagi, rokok memang
secara tidak langsung tidak bermanfaat.
4.
merokok merupakan perbuatan yang
mendatangkan pembaziran
Profesor
Dr. Wahbah Az-Zuhaili berpendapat segala benda yang memabukkan dan melemahkan
sehingga boleh memudaratkan akal dan tubuh badan seperti ganja dan rokok adalah
haram. Ini berdasarkan hadith Ummu Salamah.
Al-Sheikh
Muhammad al-Madani al-Hanafi ialah ia membazirkan harta tanpa memberi
faedah sama ada di dunia dan akhirat ,
sedangkan pembaziran dilarang berdasarkan firman Allah s.w.t :
26. dan berikanlah kepada kerabatmu, dan
orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah
Engkau membelanjakan hartamu Dengan boros Yang melampau.
Sebarang
bentuk pembaziran menunjukkan manusia mensia-siakan harta tanpa fedah dan
menunjukkan keburukan. Selain itu, ia membawa mudharat yang snagat besar, menyumbat
mulut dengannya sehingga lalai mengingati Allah dan memburukkan dua bibir
kerananya.[32]
5.
penggunaan qiyas turut menyokon
pengharaman apabila rokok tergolong dalam kumpulan yang mengkhayalkan,
melesukan, mengotorkan dan mengandungi unsure-unsur beracun yang memudharatkan.
Ini bermakna ia perlu diharamkan di sebabkan wujud keseluruhan kemudharatan
tersebut. illah yang memudaratkan dan perbuatan memudaratkan adalah umum
meliputi benda yang mabuk atau tidak. Ia
wujud di dalam rokok maka qiyas dihukum dengan haram merokok melihat kepada
illah yang memudaratkan.
Pendapat
yang mengatakan makruh
Diantara
fuqaha’ yang berpendapat hukum merokok adalah makruh ialah Abu Sahl bin
al-Waiz al-Hanafi dan al-Sheikh Mustafa al-Suyuti al-Rahbani. Malah ada di
kalangan mereka menetapkan , makruh tahrimi
seperti al-Faqih al-Imadi serta al-Syeikh Abdil Rahman al-Syahid
al-Naqsabandi al-Hanafi dan makrih tanzihi seperti l-Syeikh Ali bin Yusuf
al-Kari al-Muqaddasi.
hujah-hujah
makruh
makruh
tahrimi
golongan
yang mengatakan makruh tahrimi kerana
mengikut sesuatu dengan tujuan baik terhaap sesuatu yang haram seperti memakan
riba’ atas tujuan baik atau sentiasa membuat sesuatu yang bidaah yang dikira
makruh seperti rokok. Golongan yang berpegang kepada pendapat ini menjelaskan
ia adalah makruh tahrimi kerana ia adalah kotor sedangkan benda yang kotor
dilarang agama. Ia dianggap mengubah fitrah Allah sedangkan manusia hany
melaksanakan fitrah yang menjadi keperluan mereka iaitu tiga perkara yang
berkaitan dengan batin iaitu hawa nafsu, air dan makanan. Manakala tiga perkara
lgi berkaitan dengan zahir iaitu pakaian, tempat tinggal dan kebersihan.
Manusia adalah mengikut firtahnya sedangkan menghisap rokok bukan fitrah dan
merokok dianggap menguabh fitrah. Apabila mengubah fitrah maka ia mengubah
kejadian (surah a-Nisa’ : 119)
golongan
yang berpendapat makruh tanzih telah berhujah bahawa orang-orang yang berusaha
kea rah (makruh tanzih) adalah menjaga maruah sama ada menghisapnya bersama
orang ramai seperti di pasar-pasar dan jalan raya. Alasan bagi golongan yang
berpegang kepada pedapat ini adalah
a.
ia diqiyaskan dnegan makruh memakan
bawang besar dan bawang putih yang menyebabkan bau mulut tidak menyenangkan.
Manakala bau asap rokok lebih kuat dari keduanya.
b.
ia merupakan perbuatan yang menyerupai
perbutan ahli neraka
golongan
yang mengatakan makruh sahaja berhujah bahawa merokok boleh mengurangkan harta,
memudaratkan tubuh dan akal. mempunyai bau mult yang dibenci sama seperti
bawang besar dan bawnag putih serta ia boleh merendahkan maruah. Mereka yang
menghisapnya, sebaik-baiknya dilarang memasuki dan menghadiri perhimpunan.
hujah akal
-
bahawa rook ini tidak sunyi dari
mempunyai kemudharatan walau pun ia sedikit. Ini kerana jumlah sedikit boleh
membawa kepada banyak
-
ia mengurangkan jumlah harta. Apabila
ia tidak menyebabkan pembaziran, sekurang-kurangnya ia mengurangkan harta
sedangkan harta terebut boleh menyebbakan orang yang menghidunya merungut keran
membencinya sedangkan setiap benda yang busuk adalah makruh sama seperti
memakan bawang besar, bawang kecil dn sebaginya.
-
rokok boleh menyebabkan penggunya
merasa khayal. Ini menjejaskan maruah terutama bagi orang-orang yang dihormati
-
orang yang merokok sentiasa akan
memerlukannya, Sekiranya mereka gagal memperolehinya, maka diri mereka menjadi
tidak menentu dan sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah. Umapamanya ialah
apabila berada dalam sesuatu majlis yang menghalang dari mengambil sebarang
jenis temabakau atau boleh mealukan hadirin.
pendapat
yang mengatakan harus
Antara
fuqaha’ yang mengatakan harus adalah al-Syeikh Abdul Ghani al-Nablusi
al-Hanafi, Al-Munawi, al-Sheikh Zainuddin Abdul Qadir al-Hariri, al-Syeikh
Mustafa al-Syuti al-Rahbani dan lain-lain.
Hujah-hujah
harus
a.
firman Allah s.w.t yang menyebut :
29. Dia lah
(Allah) Yang menjadikan untuk kamu Segala Yang ada di bumi, kemudian ia menuju
Dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit
Dengan sempurna; dan ia Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(surah al-baqarah : 29)
lafaz ما menunjukkan tanda umum. Manakala huruf lam
pada لكم mengandungi makna takhsis yang menunjukkan perlu mengambil manfaat seperti pakaian
Muhammad, maka khusus mengambil manfaat padanya. Maka ayat ini menunjukkan
mengambil manfaat terdiri pada semua perkara selagi tidak ada dalil yang
menghalangnya dengan sebab takhsis tadi. Gambaran di sini menunjukkan ianya
harus.
b.
merokok bukan memudaratkan semua pihak
mereka mengatakan, sebenranya merokok tidak memudartakan semua
pihak sam seperti madu yang memberikan kebaikan kepada manuisa.
Walaubagaimanapun, ia tidak selalu digunakan pada setiap hari. Jadi mereka
tidak dapat menerima bahawa rokok itu melemahkan.
c.
merokok bukan memabukkan
sebahagian dari mereka turut menyatakan rokok boleh melemahkan
hanya apabila seseorang mengambilnya
tetapi ia tidak mengkhayalkan. Jika mengkhayalkan sekalipun, ia masih tidak
memabukkan kerana mabuk berlaku disertai dengan perasaan gembira yang melampau,
sedangkan rokok adalah sebaliknya. Jadi dikira harus selagi ia tidak
memabukkan.
Al-Syeikh Zainuddin Abdul Qadir al-Hariri berhujah menolak dakwaan
yang menyebut merokok menyebabkan mabuk dan khayal. Pada beliau, mabuk adalah
hilang akal dengan pergerkan anggota menjadi tidak stabil. Manakala kahyal
adalah hilang akal dengan anggota menjadi lesu, sedangkan kedua-dua perkara ini
langsung tidak berlaku ke atas perokok. Boleh jadi mabuk dan khayal hanya
berlaku ke atas perokok yang baru menggunakannya, namun ia tidak boleh dihukum
haram. Manakala al-Syiekh Mustafa al-Suyuti al-Rahbani menyokong pendapat di
atas.
d.
Kaedah Asas Sesuatu itu adalah harus
hukum haram dan makruh terhadap rokok merupakan dua hukum syarak
yang mana keduanya memerlukan dalil-dalil syarak. Sedangkan dalil-dalil yang
dikemukakan adalah biasa dan tidak dapat mensabitkan maksud mabuk, melesukan
badan dan memudaratkan. Nyatalah di sini ia turut ada faedah dan termasuk di
bawah salah satu kaedah fiqhiyah iaitu :
“ Asal sesuatu itu adalah
harus”
Selain
daripada itu, ada juga pendapat yang mengatakan menghisap rokok adalah halal .
Ini memandangkan amalan tersebut tidak berlaku pada zaman rasulullah s.a.w dan
tidak mempunyai nas yang mengharamkan.[33]
Pendapat
yang mengatakan merokok haram apabila terdapat kemudharatan
Antara
ulama’ yang mengharamkan rokok apabila terdapat kemudharatan adalah Ibn Abidin
dan al-Allamah al-Ajhuri.
hujah-hujah
makruh apabila ada kemudharatan
a)
Ibn ‘Abidin al-Hanafi telah
berpendapat di dalam kitabnya ( الفتاوى الحامديةتنقيح ( seperti yang telah dinyatakan di dalam kitab والقواعد السنية تهذيب الفروق ,
katanya :
“ sebenarnya dalam memberikan fatwa tentang hukum halal dan haram
pada zaman tersebut adalah berpegang dengan dua asal yang mana kedua-duanya
telah disebutkan oleh al-Baidhawi di dalam kitab usul dan menggambarkan
keduanya memberi manfaat kepada hukum syarak :
Asal pertama : sesungguhnya asal pada manfaat itu adalah dikira
harus dan pengambilan syarak terhadap asal tersebut menerusi beberapa ayat
al-Quran iaitu (yang utaa (firman Allah ta’ala) : surah al-Baqarah (2): 29
huruf lam pada kalimah laku memberi makna manfaat. Maka ia
menunjukkan bahawa pengambilan manfaat itu diterima oleh syarak.
asal kedua : sesungguhnya asal itu yang memudaratkan diharamkan
dan larangan itu berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w :
عن عبادة بن الصامت ، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قضى أن : لا ضرار ولا ضرار
maksudnya : Dari Ubadah bin al-Samit bahawa Rasulullah s.a. w
pernah berhukum : tidak ada mudharat dan jangan memudharatkan .
Dengan keyataan ini, jika rokok itu telah sabit dari segi
mudharat-mudharatnya lebih banyak dari manfaat yang ada, maka adalah harus
membuat fatwa pengharamannya. Sekiranya ia tidak dapat disabitkan terhadap
mudharat-mudharatnya tersebut, maka hukum asal adalah halal.
b)
Al-‘Allamah al-Jahuri berpendapat
bahawa meroko tidak memabukkan. Maka ia tidak boleh dihukum kerana ia bukan
haram pada zatnya. Bahkan ia hanya boleh dihukum haram apabila benar-benar
wujud kemudharatan terhadap tubuh badan dan ditambah pula dengan sebab membuang
dan membazir harta. Ini disebut di dalam kitab Fath al-‘Uli al-Malik oleh
al-Sheikh ‘Alish.
c)
Sementara itu, terdapat pandangan yang
disebut oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi apabila ditanya tenatang hukum rokok sama
ada ia halal atau tidak. Katanya, ada pendapat dari golongan ini mengatakan :
“ sesunggunya tumbuhan ini pada segi batasan zatnya adalah suci
yang tidak memabukkan, tidak memudharatkan dan tidak mengotorkan. Maka asal
sesuatu itu adalah harus. Kemudian ia dilihat dari sudut hukum syarak.
Sekiranya penggunaannya tidak mewujudkan kemudharatan terhadap tubuh dan akal,
maka ia diharuskan. Sekiranya memri kemudharatan, diharamkan penggunaanya
seperti melemahkan. Sekiranya ia member manfaat dengan mampu menolak
kemudharatan seperti sakit, wajiblah ia digunakan. Penetapan hukum hakam ini
dengan jelas menjadi harus pada hadnya secara zat.
Selain itu, sebahagian dari golongan ini berpendapat bahawa hukum
mengenai rook meliputi lima hukum taklifi yang asas : iaitu haram, makruh,
wajib, sunat dan harus. Hujah mereka ialah tembakau merupakan tumbuhan yang
tidak dapat disabitkan sama ada pada gambaran sifatnya secara zat atau kemudhratan
sama ada terhadap tubuh seperti racun atau ada akal seperti arak atau ganja
sehingga hukumnya berkisar pada asas hukum taklifi di atas. Walau bagaimanapun,
tidak dapat ditentukan dengan hukum tersebut melainkan setelah ada sokongan
hukum wadie’[34]
Justeru
mereka berpendapat hukum merokok:
Haram :
sekiranya berlaku pembaziran atau kemudharatan yang jelas
Makruh :
dengan alasan hukumnya masih diperselisihkan ulama dan hukumnya masih terletak
pada perkara yang diragui.
Wajib :
apabila menolak mudharat dengan ketentuan hukum wadie’
Sunat :
apabila menolak mudharatterhadap diri kerana menghindarkan penyakit dengan
pandangan hukum wadie’ atau mengambil manfaat darinya seperti ubat[35]
SHISHA
Definisi
Shisha
Shisha
atau waterpipe adalah sejenis alat yang digunakan untuk menghisap
tembakau dan bahan-bahan lain seumpamanya. Ia digunakan oleh puak asli di
Afrika dan Asia lebih kurang empat kurun yang lalu. Shisha atau juga dikenali
dengan namanya Hookah adalah berasal daripada zaman Dinasti Mogul atau Mughal
di India yang mana digunakan bertujuan untuk mengurangkan kesan rokok dengan
cara menapis menggunakan air kepada golongan-golongan pembesar dizaman
tersebut. Ia juga alat yang dihidangkan semasa majlis keraian bagi memeriahkan
majlis ketika berkumpul bersama. Secara umumnya, ia terdiri daripada beberapa
bahagian iaitu:
·
Bahagian kepala (head) yang
merupakan sebiji mangkuk yang diperbuat daripada tanah liat untuk meletakkan
tembakau dan arang.
·
Bahagian badan atau tengah (body)
yang mana merupakan penghubung antara bahagian kepala dan bahagian bawah,
kebiasaannya ia diperbuat daripada bahan logam atau kayu.
·
Bahagian bawah yang merupakan sebiji
mangkuk air (water bowl/water chamber), biasanya ia akan diisikan dengan
air atau kadang kala ia diisikan dengan susu, jus buah-buahan atau wain.
Mangkuk ini diperbuat daripada kaca.
·
Hos dan alat penyedut (mouthpiece)
yang digunakan untuk menyedut asap keluar daripada shisha tersebut.
Kandungan
Shisha Dan Kesannya
Kandungan
shisha sebenarnya adalah seakan-akan seperti kandungan rokok iaitu shisha
mengandungi nikotin, TAR dan karbon monoksida. Ianya juga mengandungi logam
berat seperti zink dan carcinogen iaitu sejenis bahan kimia yang memberi
galakan kepada pembiakkan sel kanser yang kesemuanya adalah bahan-bahan yang
membawa kemudaratan kepada pengamalnya. Apa yang membezakan antara rokok dan
shisha ialah penyediannya, yang mana rokok perlu diasapkan kemudian disedut
manakala shisha pula tembakaunya diperam terlebih dahulu barulah boleh disedut
sehingga kering.
Menurut World
Health Organization (WHO), shisha berbahaya 400 kali ganda berbanding rokok
kerana kepekatan bahan-bahan seperti nikotin, TAR dan karbon monoksida yang
terdapat di dalamnya. Berdasarkan penelitian yang telah dibuat oleh pakar
kesihatan menunjukkan para pengamal shisha mempunyai kadar karbon monoksida
dalam darah mencapai 40-70 ppm atau 8 hingga 12 peratus.
Masa orang
yang merokok adalah jauh lebih pendek iaitu 5 hingga 7 minit untuk sebatang
rokok berbanding orang yang menghisap shisha yang kadangkala boleh menjangkau
dua jam atau lebih. Wap panas yang disedut oleh pengamalnya boleh mengakibatkan
kerosakan pada paru-paru dan jantung yang menyebabkan penyakit seperti kanser
paru-paru atau kerosakan koronari jantung. Asap yang dihembus oleh penghisap
shisha berpotensi menyumbang kepada kesan secondhand smoker kepada orang
sekeliling yang mana risiko kanser paru-paru lebih tinggi berbanding dengan
perokok tegar. Sekiranya pengamal shisha adalah ibu yang mengandung, ia boleh
menyebabkan kandungan yang dilahirkan tidak cukup berat atau tidak matang.
Selain itu, penyakit berjangkit melalui air liur seperti H1N1 dan air-borne
tuberculosis (TB) mampu merebak dikalangan penghisap shisha di kedai-kedai
berikutan paip atau penyedut shisha tersebut tidak dicuci dan disterilkan
dengan kaedah yang betul.
Menurut
Prof Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin, kesan menghisap shisha adalah sama
atau lebih buruk daripada merokok bergantung kepada bahan perasa atau tambahan
yang digunakan semasa seseorang menghisap shisha.
Sesetengah jenis
tembakau mempunyai kandungan nitrat serendah 0.9%(Neurath & Ehmke, 1964;
Wynder & Hoffmann, 1967). Asap yang dihasilkan dari pembakaran menghasilkan
nitrogen oksida yang bertindakbalas dengan arang dan lain-lain kandungan
menghasilkan aromatic amines. Perokok menyedut aromatic amines seperti contoh N-nitrosodimethylamine,
N-nitrosodiethyl-amine antara carcinogens (bahan yang menyebabkan
kanser) dalam kuantiti yang banyak. Ini dapat menerangkan mengapa perokok
(rokok, sheesha dll) mempunya risiko yang lebih tinggi untuk mendapat barah.
Selain dari barah, perokok juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit-penyakit
seperti sakit jantung, asthma,darah tinggi, katarak,sakit paru-paru, penyakit
gusi dan 1001 penyakit lagi. Bagi lelaki, merokok dapat menjurus kearah
kemandulan dan kegagalan alat kelamin untuk berfungsi.
Apabila
seseorang menyedut udara dari tiub, satu tekanan berbeza akan memaksa udara
dalam ruang arang, memanaskan tembakau, dan menghasilkan asap. Asap itu
kemudiannya ditarik ke bawah dari tembakau, menyebabkan proses pembuihan dalam
air (seperti menggelegak) dan keluar ke permukaan udara dalam ruang asa.
Seterusnya ditarik melalui paip penyedut dan masuk ke tubuh penyedut. Tembakau
yang digunakan (dikenali juga dengan tobamel atau ma’asal) diperbuat daripada
siatan tembakau dan dicampur dengan emanis seperti madu dan halwa atau buah separuh
kering.
Hukum
Menghisap Shisha
Menghisap
shisha termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana mengandungi
kemudaratan yang sangat banyak.
Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk daripada amalan
menghisap shisha. Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam
melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka.
Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin
Baz, bekas mufti Arab Saudi, ketika menjawab soalan berhubung hukum menghisap shisha menjelaskan seperti berikut:
“Menghisap shisha dan
rokok dan segala jenisnya termasuk dalam perkara-perkara
yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak.
Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara
tersebut (shisha dan rokok).
Sesungguhnya ALLAH SWT telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang
memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan
berwaspada daripada perbuatan tersebut
Oleh
itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha supaya berhenti dan
berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt:
4. mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah
(makanan) Yang Dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya katakanlah:
"Dihalalkan bagi kamu (memakan) Yang lazat-lazat serta baik,
(Surah
al-Maidah:4)
Firman
Allah juga menyatakan:
157. "… dan ia menghalalkan bagi mereka Segala benda
Yang baik, dan mengharamkan kepada mereka Segala benda Yang buruk….; (Surah
al-A’raf: 157)
Hukum
menghisap shisha ini adalah sama dengan hukum merokok yang telah dibahaskan
oleh para ulama secara panjang lebar dalam masalah merokok ini. Ini kerana
perbezaan hanyalah kepada rupa tetapi kemudaratan yang dibawa menatijahkan
hukum yang sama yang telah dipastikan oleh kajian perubatan hari ini.
Dr. Yusuf
Qardhawi berkata :
“ Dalam
zaman kita hari ini, para ulama sewajarnya bersepakat dalam hukum kerana hukum
yang dikeluarkan seorang faqih adalah berdasarkan kepada pandangan doktor. Jika
doktor mendapati merokok ini membahayakan manusia maka seorang faqih semestinya
mengatakan ianya haram kerana apa yang memudaratkan kesihatan manusia
semestinya diharamkan oleh syarak”.
HUBUNGAN BAHAN PERANGSANG DAN ROKOK
Dadah adalah istilah yang digunakan untuk bahan kimia psikoaktif
yang digunakan bukan bagi tujuan perubatan. Bahan kimia ini bertindakbalas
dengan cergas dan menyebabkan perubahan terhadap system kawalan saraf pusat dan
tubuh badan manusia. Di dalam bahasa Inggeris dadah diistilahkan sebagai drug
iaitu bahan yang digunakan untuk rawatan sesuatu penyakit sama ada akan
melemahkan atau merangsang perjalanan aktiviti tubuh badan seseorang untuk
menghasilkan kesan yang memberangsangkan. [36] Di dalam
bahasa arab, dadah diistilahkan sebagai al-mukhaddirat (المخدرات) iaitu bahan yang
melemahkan dan menghilangkan ingatan.[37]
Menurut Kamus Dewan, perkataan dadah ini mempunyai dua pengertian
iaitu yang pertama ubat-ubatan manakala yang kedua adalah bahan-bahan seperti
ganja, marijuana dan sejenisnya yang merosak atau membinasakan orang yang
menggunakannya berlanjutan iaitu merosakkan kesihatan, membawa maut dan
lain-lain.[38]
Takrif dadah ini tidak meliputi bahan-bahan pelarut seperti gam,
petrol, alcohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak
persamaan dengan dadah.
Persamaan yang dapat dilihat pada bahan-bahan ini adalah dari segi
kandungannya. Sebagai contoh, alcohol dan tembakau dikategorikan sebagai dadah
ringan (soft drug) di dalam bidang perubatan. Oleh itu, meskipun bahan-bahan
ini mengandungi dadah, kesan sampingannya kurang membahayakan kesihatan tubuh
badan manusia berbanding dadah berat (hard drug) yang dilarang dan dikawal
penggunaannya.[39]
Manakala di dalam gam pula terkandung alcohol yang dicampurkan ke dalamnya
sebelum diproses menjadi bahan-bahan lain. Gam ini juga turut digunakan untuk
menghasilkan barangan kosmestik, ubat-ubatan, barangan tekstil dan industry
pemakanan.[40]
Petroleum pula terdiri daripada sebatian-sebatian kimia yang telah mengalami
proses-proses kimia yang memakan masa berates-ratus tahun. Bahan-bahan kimia
yang terkandung dalam petroleum adalah sebatian hidrokarbon seperti etil iaitu
hidrokarbon yang merupakan bahan dasar di dalam alcohol.
Di samping mempunyai
persamaan dari aspek kandungan, bahan-bahan ini juga boleh menyebabkan
ketagihan, sebagai contoh, selain daripada menghisap dadah, terdapat juga
penagih yang menghidu gam dan petrol menggantikan dadah kerana ia lebih murah
dan mudah didapati. Walau bagaimanapun, bahan-bahan ini kurang kesan
ketagihannya berbanding dadah. Sebagai contoh, seseorang itu lebih mudah untuk
menjadi penagih alcohol. Dia perlu meminum alcohol dalam kadar yang banyak dan
untuk beberapa lama sebelum menjadi penagih sedangkan seorang penagih dadah
terutamanya heroin dan morfin akan mudah menjadi penagih hanya menggunakan
dadah dalam masa yang singkat.
Kesimpulannya bahan-bahan ini mempunyai persamaan-persamaan yang
saling berkaitan dan memberikan kesan-kesan tertentu hasil daripada
penggunaanya. Persamaan yang dapat dilihat adalah dari sudut kesan dan risiko
daris egi kesihatan sekiranya bahan-bahan ini diambil tanpa kawalan dan panduan
yangbetul serta disalahgunakan. Di samping itu, bahan-bahan ini juga merupakan
bahan kegunaan harian yang diperlukan dalam kehidupan kita. Alkohol misalnya,
sekiranya digunakan sebagai bahan membuat arak, mendatangkan kesan yang
berlainan dan mungkin kesan yang lebih buruk akan timbul seperti kemalangan
jalanraya kerana mabuk. Persamaan yang lain yang terdapat dalam bahan-bahan ini
adalah dari sudut kandungannya yang merupakan sebatian-sebatian kimia. Walaubagaimanapun,
bahan-bahan ini berbeza dengan dadah dari sudut kawalan undang-undang dan masih
boleh diperolehi secara sah.
1.
DADAH DAN
BAHAN-BAHAN PERANGSANG YANG LAIN
Baru-baru
ini timbul lagi satu ancaman dadah di kalangan remaja kita. Berbeza dengan
dadah-dadah lain, kumpulan terbaru ini sengaja direka khas untuk menghasilkan
kesan-kesan tertentu. Umumnya kumpulan ini dipanggil designer drug. Pada masa
ini, dua kelas utama dadah designer telah dicipta dan digunakan secara meluas.
Ia terdiri daripada kumpulan feniletilamina dan kumpulan opiod sintetik.
Perkembangan
ini merupakan satu gejala baru yang perlu dipandang serius dan dibendung oleh
kita. Sebenarnya banyak perkara yang belum diketahui tentang kesemua kesan
dadah-dadah ini. Malah ketulenan dan keseragaman kekuatan dadah yang dihasilkan
biasanya tidak menentu. Penghasilan secara haram oleh ahli kimia yang tidak
bertauliah, makmal yang tidak lengkap serta kawalan mutu yang rendah sering
menjadikan drug tersebut lebih merbahaya.
Kesannya,
dadah kumpulan feniletilamina dapat memberikan kesan euforia, peningkatan mood,
empati, dan perubahan visual. Keadaan sebenar yang akan dialami oleh seseorang
penagih bergantung kepada dos yang digunakan. Pada dos yang rendah, otak akan
kurang dirangsang dan penagih akan mengalami peningkatan keamatan warna dan
tekstur serta merasakan diri seolah-olah berada dalam alam fantasi.
Pada dos
yang besar, menghampiri paras toksik, penagih akan mengalami halusinasi (rasa
khayal). Apabila digunakan buat pertama kali atau jika dicemari dengan hasil
sampingan toksik, pengguna biasanya akan mengalami keadaan depresi (sugul),
rasa bersalah dan pemikiran yang tidak menentu. Kesan fisiologi yang dapat
dikesan ialah peningkatan sel darah putih, peningkatan paras gula dalam darah,
kemusnahan otot-otot dan peningkatan suhu badan. Kesan jangka panjang
feniletilamina pula biasanya diperhatikan pada penagih yang mempunyai
kecenderungan mendapat penyakit psikosis (keadaan tidak siuman) dan mungkin
memerlukan rawatan jangka panjang. Pesakit akan kelihatan mengalami gangguan
pemikiran, halusinasi visual, dan auditori serta ilusi yang menakutkan. Kajian
pada haiwan menunjukkan kerosakan sel saraf akibat penggunaan jangka panjang.
Terbitan
feniletilamina dikenali dengan berbagai nama gelaran seperti yang berikut:
(a) ICE
ICE atau
nama sebenarnya metamfetamina adalah di antara dadah designer terbitan
feniletilamina yang pertama dicipta. Terdapat beberapa nama lain yang digunakan
untuk metamfetamina oleh penagih dadah. Di antaranya termasuklah nama-nama
terkenal seperti SPEED, CRACK, dan METH. Metamfetamina hanya perlu dihisap
untuk mendapatkan kesannya. Kaedah ini amat digemari oleh penagih dadah
terutama setelah menyedari bahawa penggunaan jarum meningkatkan risiko
jangkitan AIDS. Ia mempunyai kesan tindakan yang cepat dan kurang rangsangan
jantung berbanding amfetamina. Apabila dihisap, kesannya terus dirasakan dalam
masa yang agak panjang iaitu di antara lapan sehingga dua puluh empat jam.
Penagih dadah ICE biasanya mengalami paranoia (rasa ketakutan), rasa terdesak,
dan sanggup mengambil risiko besar melakukan sesuatu yang membahayakan.
Seringkali hasil pembikinannya tercemar dengan kehadiran plumbum dan
pembentukan hasil sampingan yang toksik.
(b) LOVE DRUG
LOVE DRUG
iaitu MDA (3,4-metilindioksiamfetamina) mula diperkenalkan pada tahun 1967 dan
boleh membuat seseorang mengalami euforia serta empati tanpa memberikan kesan
halusinasi yang tidak diingini. Penggunaannya yang meluas telah menyebabkan
beberapa kematian yang berkaitan dengan hasil sampingan toksik iaitu HMDA
(3,4-metilindioksifenil-3-aminobutane) yang terbentuk dalam proses pembikinan
tersebut.
(c) ECSTACY
Dadah ini
adalah dari kumpulanfeniletilamina yang paling kontroversi sekali. Ia terdiri
daripada gabungan MDMA dan MDEA. MDMA (3,4-metilindioksimefamfetamina)
sebenarnya bukanlah dadah designer dan pernah digunakan untuk merawat gangguan
psikiatrik pesakit untuk mengenali diri sendiri dengan lebih baik serta
meningkatkan keupayaan berkomunikasi. Di kalangan penagih dadah, ia dikenali
dengan nama ECSTASY, XTC, dan ADAM. Ia bertindak pada saraf-saraf tertentu di
dalam otak untuk memberikan kesan yang menyerupai LSD tanpa ciri-ciri
halusinogen.
MDEA
(3,4-metilindiosietamfetamina) pula adalah terbitan baru feniletilamina yang
mempunyai kesan yang berbeza berbanding dadah jenis halusinogen dan perangsang.
Pada dos yang rendah, MDMA dan MDEA berupaya memberikan kesan euforia.
Keinginan untuk memulakan hubungan seks menurun dan pengguna akan mengalami
sedikit halusinasi visual. Selain daripada kesan ini, pengguna juga kehilangan
selera makan, tekanan darah yang tinggi, denyutan jantung yang cepat, berpeluh
seluruh anggota, dan pergerakan yang tidak menentu.
Kesan
sampingan MDMA yang dialami oleh penagih terdiri daripada tekanan darah tinggi,
denyutan jantung pada kadar yang cepat dan tidak menentu, serangan panik,
resah, tidur yang terganggu, gian, rasa ketakutan, dan serangan depresi. Dua
masalah yang ketara berikutan penggunaan Ecstacy adalah suhu badan menjadi
terlalu tinggi. (hipertermia) dan badan kekurangan air serta bahan galian
(dehidrasi) oleh badan, terlalu banyak berpeluh sehingga menjadi kering.
Apabila ini berlaku suhu badan akan meningkat - dicirikan dengan pening kepala,
keletihan, pengsan, gelugut dan muntah-muntah.
Sekiranya
suhu badan meningkat kepada 40(C darah mula membeku di saluran darah dan boleh
menyebabkan pendarahan yang tidak terkawal di bahagian lain. Kesudahan ia boleh
menyebabkan maut. Akibat daripada ini ramai yang cuba meminum air dengan
banyaknya, ada hingga 20 liter dalam beberapa jam saja. Tetapi ini boleh turut
membahayakan kerana bahan-bahan galian yang telah hilang tidak turut digantikan
malah boleh menyebabkan darah menjadi cair dan sel-sel (termasuk sel-sel di
otak) menjadi 'kembang' dan kemudiannya rosak. Maut akan menyusul. Secara
jangka panjangnya Ecstasy boleh menjahanamkan fungsi otak dengan membunuh
sel-sel didalamnya serta juga mengganggu perjalanan bahan kimia semulajadi
otak. Selepas menggunakan Ecstasy seseorang itu akan merasa sugul serta merasai
semula pengalaman pahit yang silam. Di samping itu ia memberi beberapa kesan
lain seperti tidak siuman dan seakan-akan gila.
3. KLASIFIKASI DADAH
Dadah
boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-
a) Opiat -
heroin, morfin, candu dan kodein;
b)Kanabis
- ganja, hashish;
c)Depresen
- sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer;
d)Stimulan
- jenis amfetamin dan kokain; dan
e)Halusinogen
- lysegic acid diethylamide (LSD), meskalin, psilosibin.
a) Opiat
Dadah jenis opiat
diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi,
lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu,
morfin dan heroin.
Jenis-jenis opiat
1. Candu
Candu adalah sejenis
narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf
tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna
putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, mengajal
(elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.
2. Morfin
Morfin adalah sejenis
alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran
gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat
atau morfin hidroklorik.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
3. Heroin
Heroin adalah dadah
jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin
dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang
terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali
ganda morfin.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
4. Kodein
Kodein adalah bahan
alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun,
kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam
bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan
sebagai ubat batuk.
Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
5. Opiat
Sintetik
Opiat Sintetik meliputi
bahan-bahan seperti “methadone”, “pethidine”, “dipipanone” dan
“dextropropoxyphene”. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat
dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini
“methadone”digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.
Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
b) Stimulan
Stimulan merupakan
bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat
dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau “Amphetamine-type-stimulants
(ATS)” dan kokain.
Jenis-jenis Stimulan
1. Amfetamin
Amfetamin adalah stimulan
sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi
amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah
perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu)
dan “Methylenedioxy methamphetamine” adalah dadah yang sangat
berbahaya.
Cara Mengunakan :
Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur (“chasing the dragon”)
2. Methamphetamine
Syabu / Ice
“Methaphetamine hydrochloride”
merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk
kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh “methaphetamine
hydrochloride” yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu
lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek
perubatan.
Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (“chasing the dragon”)
3. Kokain
Kokain adalah serbuk
putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia
di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Kokain “Freebase” adalah
bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen
dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack” adalah campuran
kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk “granusles”. “Crack”
mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh
menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.
4. MDMA
Table yg mengandungi
MDMA (Pil Ecstasy)
“Methylenedioxy-methamphetamine”
(MDMA) merupakan analo
meskalin dan amfetamin. Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan
daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi
memenuhi cita rase pengguna muda.
Cara Menggunakan : Menelan
c) Ganja/Kanabis
Kanabis ialah istilah
umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok
“cannabis sativa”. Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia,
Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan
mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana “tetrahydrocannabinol” (THC)
merupakan bahan psikoaktif yang utama.
Jenis-jenis
Ganja/Kanabis
1. Kanabis Herba
Kanabis herba merujuk
kepada daun dan pucuk berbunga pokok “genus kanabis” yang dikeringkan dalam
bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.
Kandunan THC : 0.25% – 8%
2. Hashish
Resin getah kanabis
(hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan
menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin.
Kandungan THC : 4% – 12%
3. Minyak Hashish
Minyak hashish
dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan
pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat
apabila terdedah kepada udara.
Kandungan THC : Sehingga 60%
d) Halusinogen
Halusinogen adalah jenis
dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan
visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak
benar.
Halusinogen adalah
ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.
LSD, DMT, PCP,
meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan
penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.
Ubat-ubatan ini amat
popular disalahgunakan oleh gologan “hippies” pada tahun
1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.
Depresen
1. Ubat “Depresen”
Barbiturates
Ubat “depresen” termasuk juga
ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer”. Ubat-ubat
ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau
menghentikan fungsi-fungsi tubuh.
Tranquilizer
Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates” manakala
contoh “tranquilizer” ialah “erimin-5″, “rohypnol” dan “valium”.
“Erimin-5″ sejenis “sedative” yang
kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna “club drugs” untuk
membantu mereka kembali ke kehidupan rutin.
Penagih heroin juga menganggap “erimin-5″ sebagai
pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi. “Rohypnol” sejenis
“sedative” yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab
malam bukan sahaja sebagai “club drugs”, bahkan juga sebagai “rape drugs” oleh
perogol. “Rohypnol” boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama
alkohol.
2. Alkohol
Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna
terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas
sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya.
Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan
pelbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan
diri.
Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil
secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.
3. GHB
Alkohol boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk
putih, pil dan kapsul. GHB atau “gamma-hydroxybutyric acid” tidak
pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang
kepiawaian.
Cara Menggunakan :
Menelan
4. Ketamin
Ketamin pula sejenis
ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam bentuk
cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan
cepat.
Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan
dengan cara “smoked” atau “snorted” untuk
mendatangkan khayalan seperti bius.
e) Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna
1. Steroid
Steroid sejenis ubat
yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan oleh doktor untuk
merawat pesakit lelah dan lain-lain. Steriod kerap disalahgunakan oleh atlit di
seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak
menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan fizikal. Penyalahgunaan
steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh
menyebabkan kanser hati.
2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain
Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu
dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila
disalahgunakan.
Daun ketum atau “species
mytragynine” yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam
Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan
Timur Semenanjung Malaysia
Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga
Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia
serta di selatan Thailand. Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan
tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas
bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi
rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.
Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara
meluas kepada pengguna biasa.
Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum
direbus bersama-sama dengan ubat nyamuk, supaya memberi kesan yg lebih kuat
kepada peminumnya.
Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu
ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam
Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison
Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan
larangan mulai Januari 2003.
4. Ubat-ubatan
Selain daripada ubat bius dan “depresen”, lazimnya
ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat
tidur, ubat untuk menahan sakit (“pain killer”) dan sebagainya.
Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan
akan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.
Pil Kuda
Pil Kuda (Methamphetamine – dadah sintetik campuran bahan kimia)
adalah pil paling tersohor di Thailand, di mana Thailand adalah pengeluar pil
kuda haram terbesar di Asia Tenggara. Di dalam perubatan, ia digunakan untuk
merawat penyakit hyperaktif, ADHD (Penyakit Psikotik – hilang tumpuan), masalah
tidur & obesiti yg melampau.
Tapi sekarang ia disalahgunakan, bukan untuk tujuan perubatan
ataupun arahan doktor. Pil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat
& melampau, di mana jika diambil secara berterusan selama 6 bulan, sistem
saraf otak akan rosak & penagih akan menjadi kurang siuman serta gila yg
kekal. Ini kerana, pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi
kesan yang lebih kuat. Di antaranya adalah
1.
Racun tikus – Untuk
mencairkan darah dengan cepat agar penagih berasa kesannya dengan segera
2.
Serbuk Kaca Kalimantang
3.
Pencuci lantai
4.
Klorox
5.
Ubat Nyamuk
6.
Abu tulang manusia yg
dibakar
Cara biasa menghisap pil kuda ni adalah ‘Chase The Dragon’. Pil
dimasak menggunakan ‘dapur’ & asap yang keluar disedut.
Kalau diambil sebutir, penagih boleh berjaga tanpa tidur selama 2
hari & kalau diambil suku sahaja,penagih akan berasa cergas lebih kurang 6
jam.
Kesan pil kuda juga akan menyebabkan penagih menjadi sangat
bernafsu & kemahuan seksnya akan meningkat secara mendadak.
Kesan Pil kuda :
Kesan Pil kuda :
1.
Paranoia – berkelakuan / tingkahlaku
pelik
2.
Halusinasi – lihat @
dengar sesuatu yg tak wujud
3.
Delusi – kepercayaan pada
sesuatu yg tak logik spt percaya mampu terbang
4.
Meth mouth –kerosakan pada
gigi
5.
Muka cengkung & berat
badan susut dengan mendadak
6.
Sawan,tegang
otot,menggeletar
HUKUM
MENGHISAP DADAH
DADAH DAN
PANDANGAN ISLAM
Di dalam
Islam dadah dikategorikan di dalam bahan yang memabukkan dan mengkhayalkan
serta ia memberi kesan dan risiko dari segi mental yang menyebabkan hilang daya
ingatan serta hilang akal untuk sementara waktu ataupun terhadap fizikalnya
yang menjadikan seseorang itu lemah. Secara khususnya, tidak terdapat hukum
yang jelas sama ada nas al-Quran atau hadis yang menyentuh hal mengenai dadah
secara terang-terangan kerana masyarakat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w
dahulu tidak pernah menghadapai masalah penyalahgunaan dadah seperti sekarang.
Satu-satunya bahan narkotik yang dikenal pasti ketika itu ialah arak.
Namun
begitu, terdapat satu kaedah umum di
dalam Islam yang melarang setiap individu muslim daripada mendekati
perkara-perkara yang membawa kepada mabuk sehingga boleh menukar tabiat
semulajadi individu muslim tersebut. Islam juga melarang umatnya daripada
memakan, meminum sesuatu yang dapat merosakkan dirinya dan masyarakat serta
mewajibkan agar memelihara keselamatan diri, akal, harta, keturunan dan agama.
Firman Allah Taala:
219.
mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah:
"Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia
tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula
kepadamu….(Surah al-Baqarah: 219)
Oleh
kerana hukum syarak mengenai dadah ini tiada dalam nas, untuk itu dadah telah
diqiyaskan hukumnya dengan arak kerana kedua-duanya mempunyai persamaan dari
segi illah atau alasan hukum, walaupun kebanyakan kitab-kitab fiqh lama tidak
menyebut tentang pengqiyasan antara arak dan dadah. Namun begitu, di dalam
kitab-kitab fiqh moden terutamanya kitab-kitab yang berbentuk perbincangan
fatwa, kebanyakannya telah membincangkan tentang pengqiyasan arak dan dadah.
Justeru
itu, hukum dadah yang tidak dapat ditentukan melalui dalil nas al-Quran dan
hadis, tetapi ia ditntukan melalui kaedah qiyas.[41]
Ini bermakna pengharaman dadah adalah diqiyaskan dengan pengharaman arak
disebabkan persamaan di dalam alas an hukum iaitu memabukkan dan menghilangkan
akal serta mengkhayalkan.
Ciri-ciri
persamaan yang dapat disimpulkan daripada dadah dan arak adalah:
1.
Kedua-duanya menyebabkan mabuk.
2.
Kedua-duanya menyebabkan ketagihan.
3.
Kedua-duanya melemahkan akal dan
merosakkan kesihatan.[42]
4. Kesan daripada penggunaan dan
penggantungan terhadap keduanya boleh membawa kepada gejala-gejala negatif.
Oleh
kerana dadah telah diqiyaskan pengharamannya dengan arak, maka dalil
pengharaman aarak dapat digunakan untuknya. Firman Allah s.w.t:
5. pada masa ini Dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) Yang
lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang Yang
diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu
adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). dan
(dihalalkan kamu berkahwin) Dengan perempuan-perempuan Yang menjaga
kehormatannya - di antara perempuan-perempuan Yang beriman, dan juga
perempuan-perempuan Yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang Yang
diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya,
sedang kamu (dengan cara Yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula
kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. dan sesiapa Yang
ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka Sesungguhnya gugurlah
amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang
rugi.
(surah
al-Maidah: 5)
Selain
itu, hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada Ummu
Salamah:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن كل مسكر ومفتر
Maksudnya:
sesunguhnya Rasulullah s.a.w telah menegah umatnya daripada segala benda
yang memabukkan dan mengkhayalkan.[43]
Oleh itu,
ayat dan hadis tersebut boleh diterima pakai sebagai dalil untuk pengharaman
dadah berdasarkan kepada illah dan ciri-ciri persamaan yang terdapat pada
kedua-dua masalah dadah dan arak tersebut iaitu keduanya memabukkan,
mengkhayalkan serta merosakkan kesihatan dan melemahkan fikiran. Sebagaimana
fatwa Ibn Qayyim yang menyebut bahawa perkara-pekara yang termasuk di dalam
kategori arak itu ialah setiap apa yang memabukkan sama ada bentuk cecair,
masak, mentah atau pepejal dan terangkum juga dadah yang merosakkan hati dan
menggerakkan hati ke tempat yang kotor.[44]
Hadis nabi s.a.w:
كل مسكر خمر وكل مسكر حرام ومن شرب الخمر في الدنيا وهو يدمنها لم يشربها في الأخرة
Maksud: Tiap-tiap
yang memabukkan itu adalah arak dan setiap yang memabukkan itu adalah haram,
dan sesiap yang meminumnya di dunia sampai dia mati masih berkekalan, maka dia
tidak akan merasanya (arak) di akhirat kelak.[45]
Lafaz umum
yang digunakan di dalam hadis ini meliputi semua jenis bahan yang memabukkan.
Maka, daripada dalil yang dikemukakan, jelas menunjukkan bahawa dadah mempunyai
kedudukan yang sama dengan arak dan hukumnya haram. Pengharaman dadah ini juga
tertakluk kepada sesiapa yang memakan dan menggunakannya malahan juga kepada sesiapa
yang mengimport, menghasilkan, memunggah, mengedar, menjual, menanam dan
memproses kerana ia diqiyaskan kepada hadis yang mengharamkan segala aktiviti
yang berhubung dengan arak. Hadis nabi s.a.w:
لعن الله الخمر وشاربها وساقيها وبايعها وعاصرها ومعتصرها وحاملها والمحمولة اليه
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah telah melaknat di dalam perkara arak ini akan orang yang
meminumnya, yang menuangnya, yang menjualnya, yang makan hasil jualannya, yang
memerahnya, yang minta diperahkan, yang membawanya dan yang minta
dihantarkannya.[46]
fatwa:-
Keputusan:
1.
Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang
bersidang pada 15-16 Apr 1982 telah membincangkan Masalah Dadah &
Penyelesaiannya. Muzakarah telah memutuskan :
i.Sebarang penyalahgunaan,
termasuk penyalahgunaan
ii. Dadah hanya boleh
digunakan bagi tujuan perubatan yang sah mengikut syarak.
Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis
Syabu Dan Jenis-Jenis Dadah Baru Yang Lain
2.
Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang
bersidang pada 21 - 23 Nov 2006 telah membincangkan Hukum Penyalahgunaan Dadah
Jenis Syabu Dan Jenis-Jenis Dadah Baru Yang Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa
dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain mempunyai kesan mudharat
yang sama seperti ecstasy, katamine dan Gamma Hyroxybutyric Acid (GHB).
Oleh itu, penyalahgunaan dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis
baru yang lain adalah haram dan semua aktiviti yang berkaitan dengan
penyalahgunaan dadah ini seperti menanam, memproses, memiliki, menjual,
mengedar, membeli atau membenarkan premis digunakan untuk bersubahat dengan
penggunaannya adalah juga diharamkan.
Keterangan/Hujah:
Nama saintifik
bagi syabu ialah amphetamine sejenis dadah dari amphetamine type stimulant
iaitu dadah jenis stimulant (perangsang). Pada amnya di negara ini amphetamine
hanya diluluskan untuk sejenis penyakit kanak-kanak yang terlalu aktif dan
kurang daya tumpuan dikenali sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactive
Disorder).
Di Malaysia, syabu mula digunakan secara berleluasa
kira-kira dua tiga tahun yang lalu berikutan kesukaran mendapatkan bekalan
heroin.
Syabu boleh menyebabkan ketagihan dan memudharatkan
kerana ia adalah sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling
ketara ke atas sistem saraf (otak dan saraf tunjang) yang menyebabkan keadaan
mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya. Kesan pengambilan
syabu menyebabkan sakit emosi dan menyebabkan otak menjadi lembab, kemurungan
dan boleh membawa kepada sakit jiwa yang teruk jika diambil berpanjangan.
Dadah jenis syabu mempunyai kesan mudarat yang sama
seperti ecstasy, katamine dan Gamma Hyroxybutyric Acid (GHB). Pengambilan dadah
jenis ecstasy dilaporkan paling banyak digunakan khususnya oleh para remaja
yang mengunjungi ‘night club’, disko, karaoke atau tempat-tempat hiburan.
Abu Sari’ Muhammad Abdul Hadi berpandangan bahawa
Hasyisy (ganja) dan opium, dua jenis dadah daripada daun yang boleh menyebabkan
ketagihan dan khayal dan tahap merbahaya bahan kimia ini adalah melebihi arak.
Justeru kedua-duanya perlu diketegorikan sebagai haram sama seperti arak.
Dr. Yusuf al-Qaradhawiy di dalam kitabnya “Halal dan
Haram Dalam Islam” menyatakan “Hasyisy adalah bahan yang haram, baik orang yang
mengambilnya mabuk ataupun tidak, Hasyisy ini hanya dipakai oleh orang-orang
yang jahat kerana di dalamnya ada unsur-unsur yang memabukkan dan menyeronokkan
malah sering dicampur dengan arak.”
Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaily lagi pengharaman arak
atau seumpamanya bukan sekadar meminumnya atau mengambilnya bahkan termasuk
memilikinya atas apa juga alasan, menjual, membeli menghadiahkan dan sebagainya
adalah tertakluk dalam hukum yang sama.
Isu ini adalah jelas dari segi kemudaratan yang
dialami dan hukum Islam yang telah ditentukan. Walaupun pelbagai nama
digunakan, namun sekiranya ia masih dalam konteks memudharatkan, hukumnya tetap
haram.
HUKUM UBAT
BATUK
Ubat batuk
adalah alternative dan salah satu ubat sebagai usaha mengatasi penyakit batuk.
Ia digunakan untuk menghilangkan batuk kerana jika ubat itu tidak digunakan,
kesan buruk dan mudharat lebih besar mungkin akan menimpa pesakit. Dalam
konteks ini, ia dianggap sebagai sesuatu yang darurat dan membolehkan seseorang
yang sakit mengambil ubta batuk walaupun di dalamnya terdapat sesuatu yang
diharamkan kerana kemudharatan yang ada pada bahan tersebut jika di ambil
secara berlebihan.
Hakikatnya,
sesuatu yang memudaratkan dianggap sebagai sesuatu yang haram dan menyeruai
arak. Demikian juga dengan ubat batuk, di mana bahan aktifnya boleh bertindak
sebagai sesuatu yang haram. Ia merangkumi sesuatu perkara yang sabit hukumnya
melalui al-Quran dan qias. sebagaimana wujudnya persamaan illat. Ini keran tujuannya
adalah untuk menyelamatkan nyawa seseorang.
Penggunaan
hukum yang sesuai di sini adalah suatu perbandingan huku antara dua perkara
kerana wujud persamaan illat. Illat yang sama antara ubat batuk dan arak
merujuk kepada dua perkara yang memabukkan dan memudaratkan di sampiang
mendatangkan ketagihan terhadapnya. Selagi wujud persamaan illat ini, maka
hukum haram ke atasnya amat jelas sekali. Kaedah fiqh menyebut :
يدور مع علته وجودا وعدما الحكم
penggunaan
ias dan perbandingan antara uabta batuk dan arak berikutan dalil-dalil
pengharaman arak yang terbukti di dalam al-Quran.
Qias
terhadap hukum ubat batuk dengan arak
ubat batuk
yang diambil dengan dos yang berlebihan dan di salah guna mendatangkan hukum
yang sama dengan arak. Kandungan Ubat Batuk yang mengandungi bahan aktif
seperti codien yang dikelaskan dalam dadah berbahaya. Dengan dos yang kecil dan
sukatan yang sesuai, codien tidak diharamkan dalam islam selagi mana syarat dan
aturannya diikuti.
Dadah
dalam bahasa arab disebut sebagai al-khidr kerana ianya melindungi akal dalam
erti kata orang yang menagih dadah akalnya terlindung, tidak berfungsi secara
normal kerana khayal, mabuk dan seumpamanya. Walaupun perkataan ‘al-Khidr’ ini
tidak diteui di dalam al-Quran atau al-Sunnah, namun ia mempunyia persamaan
dari segi bahasa dengan al-khamar atau khamar. Pegertian dan kesannya juga
sama.
perkataan
khamar (arak) berasal dari masdar (مخامره) atau khamar yang bererti penutup, bermaksud ia boleh menutupi
akal fikiran dari mengetahui keadaan yang sebenarnya. Sabda Rasulullah s.a.w :
ما خمر العقلوالخمر
maksudnya
: “ khamar ialah setiap benda yang boleh menutupi akal fikiran (Riwayat
Ibn Majah)
Justeru
pengharaman codien yang berlebihan dalam ubat batuk sesuai diqiaskan dengan
pengharaman ke atas arak. Namun para fuqaha’ telah berselisih pendapat dalam
menentukan takrif arak. Apakah ia bermaksud apa sahaja bahan yang memabukkan
atau nama khas bagi minumna yang terntentu sahaja.
Jumhur
iaitu Imam Malik, Syafiee dan Ahmad berrpendapat arak disini bererti segala
bahan yang boleh memabukkan sama ada diberi nama khamar atau memakai nama lain
atau sama ada proses dari bahan tertentu seperti buah anggur, kurma, beras dan
gandum serta dapat memabukkan walaupun di ambil banyak atau sedikit. Rasulullah
s.a.w bersabda ;
maksudnya
: “ tiap-tiap benda yang memabukkan adalah khamar dan tiap-tiap khamar
adalah diharamkan. (sahih muslim)
Menurut
Imam Abu Hanifah dan muridnya khamar yang disebut di alam al-Quran ialah
minuman terntuntu dari bahan-bahan yang memabukkan. Ia diproses dari buah
anggur sampai mengeluarkan buih. Adapun minuman lain selain daripada arak
termasuk ubat batuk, Abu Hanifah menyebutkan sebagau minuman yang memabukkan (المسكرات) dan bukannya arak. Bagi mereka, hukuman
meminum minuman ini (المسكرات) tidak sama dengan hukuman meminum arak di mana tidak ada
hukuman ke atas eminumnya kecuali apabila ia mabuk. Sebagai kesimpulannya, Abu
Hanifah dan muridnya berpendapat arak ialah benda yang memabukkan berasal dari
buah anggur, dan kurma sahaja berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w :
Maksudnya
: di haramkan khamar kerana bendanya yang memabukkan dari setiap minuman “
Melalui
pengertian-pengertian diatas, dapatlah diertikan arak sebagai sesuatu yang
memabukkan dan menutup akal fikiran manusia. Dengan demikian dadah atau codien
dalam ubat batuk bolehlah dikategorikan sebagai arak walaupun hukumaannya tidak
sama dengan hukuman orang yang meminum arak, memandangkan pengharaman arak
jelas dalam al-Quran. Namun, yangmembezakannya dala dari segi hukuman Abu
Hanifah berpendapat minuman keras dengan tujuan berubat tidak dikenakan hukuman
had disebabkan wujudnya keperluan, berbeza dengan pendapat rajah dalam mazhab
Maliki dan syafie. Bagi mazhab-mazhab ini, mengambil minuman keras walaupun
dengan tujuan untuk berubat boleh dikenakan hukuman had.[47]
ISU-ISU FIQH YANG BERBANGKIT BERKENAAN HUKUM
MEROKOK
1)
Hasil
Jualan Rokok
Islam
sememangnya menggalakkan aktiviti perniagaan di kalangan penganutnya. Namun
begitu, Islam telah menggariskan sesuatu yang halal untuk diperniagakan dan
sesuatu yang haram dilarang sama sekali. Sabda Nabi S.A.W:
ان
الله اذا
حرم شيئا
حرم ثمنه
Maksudnya:Sesungguhnya
Allah apabila Dia mengharamkan sesuatu maka dia mengharamkan juga harganya”
Ini
bermakna apabila Islam mengharamkan rokok, maka menjual dan mengambil harganya
adalah haram samalah seperti hukum di sekitar proses arak, malah lebih utama
lagi diharamkan disebabkan rokok tidaklah sedikitpun bermanfaat bahkan semua
aspek adalah merbahaya dan
memudharatkan. Selain itu, Abdullah bin Abbas memberitahu bahawa rasulullah
s.a.w bersabda :
ان
الذي حرم
شربها حرم
بيعها
Jadi,
kami bersetuju dengan pandangan bahawa hukum menjual rokok juga adalah haram
berdasarkan diqiyaskan kepada hukum menjual arak juga haram sebagaimana sabda
Rasulullah yang disebutkan di atas.
2)
Hukum Menanam Tembakau :
Tanaman
tembakau belum dikenali di Negara-negara Islam melainkan pada awal kurun ke 11
Hijrah. Oleh sebab itu, ulama pada ketika itu belum membincangkan hukum merokok
sama ada ia halal atau haram.Ulama pada ketika itu, mengenai hukuman sesuatu
yang baru ia tidak diketahui hikmah waktu disyariatkan.
Sesetengah
ulama menghalalkannya memandangkan ianya tidak mengandungi bahan yang memudharatkan dan tidak memabukkan bagi siapa
yang mengambilnya. Asal sesuatu adalah halal , kemudian berubah menjadi haram
apabila apabila ia memudaratkan dan
memberi kesan yang buruk kepada penghisapnya.
Menurut
pendapat ulama -ulama Islam hasil dari ijtima’ mereka dalam Mu’tamar Islam
Sedunia yang diadakan di Madinah pada 27 bingga
30 Jamadil Awwal 1402 Hijrah bersamaan
22-25 Mac 1982. Mereka sepakat memfatwakan bahawa menggunakan tembakau adalah haram. Begitu
juga menjalankan aktiviti penanaman serta perdagangannya juga dikira haram.
Menurut Dr.Yusof
al-Qardawi :
“ setiap
tumbuh-tumbuhan yang diharamkan memakannya atau tidak boleh dipergunakan dan
dimanfaatkan kecuali dalam keadaan dharurat, maka tumbuhan itu adalah haram
ditanam”.
Begitu
juga dengan tembakau kalau kita berpendapat merokok itu adalah haram, maka
menanamnya bererti haram. Kalau kita berpendapat makruh, makan menanamnya
bererti makruh tetapi yang rajihnya haram[49]
. Menurut beliau lagi haram seseorang
muslim menanam sesuatu yang haram untuk dijual kepada orang lain kerana melakukan
setiap perkara yang dilarang adalah haram sama sekali. Kerajaan Arab Saudi
mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya
adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
Sesungguhnya
tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan
digunakan oleh manusia untuk merokok,
maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya
untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah
ditetapkan.Begitu juga, Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus.
Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara
yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”[50]
Dalam isu
merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya
sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib
dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan
juga harta.
3)
Hukum merokok bagi perokok yang tegar
Kami mengambil
pandangan dan kajian Dr.Zaharuddin bin Abd Rahman, hukum yang lebih
tepat adalah Haram merokok kerana mudarat yang pelbagai dari sudut kesihatan
tubuh sendiri, orang lain, dan baunya yang mengganggu orang lain. Malah kaedah
Islam menyebut : “Ad-Darar Yudfa’ Bi Qadaril Imkan” ertinya : “Kemudaratan hendaklah ditolak
sedaya upaya dan kemampuan”[51]
.Cuma Syeikh Al-Qaradawi di dalam Fatawanya (Fatawa muasiroh, 1/667)
menjelaskan hukumnya berkata ( dengan pindaan ) :-
a-
Sekiranya seorang perokok cuba sedaya upaya memberhentikan
tabiat rokoknya, bagaimanapun ia gagal, maka ia patut terus mencuba dan
diberikan uzur setakat yang ia gagal. Perlulah ia menghalang dari menyebarkan
tabiatnya kepada orang lain.
BIBLIOGRAFI
1.
Ahmad Ridzwan Mohd Noor (2003), Amalan
Merokok Di kalangan Masyarakat Melayu Di Masjid Tanah, Melaka : Satu Kajian
Dari Perspektif Hukum Syarak, Univerisiti Malaya, Kuala Lumpur (disertasi)
3.
Encylopadea Britanica, volume 10
4.
Hasimah binti Mustapha
(1998), Penggunaan Ubat Batuk : Satu Penelitian dari sudut Hukum, Akademi
Pnegajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
5.
Madihah Hambali (2000/2001), Penyalahgunaan Dadah di Kalangan Remaja
Islam: Suatu Kajian di Selangor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
6.
Nor Azrie Saleh (1996), Fatwa
Pengharaman Rokok: Tinjauan Umum Reaksi Masyarakat di Selangor, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur
7.
Yusuf al-Qardawi (1978), halal dan
Haram dalam Islam, Cetakan Kedua 2011,Darul Syakir Enterprise, Kuala Lumpur
8. Teuku
Iskandar (1989), Kamus Dewan, Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
9.Wan Azmi
Ramli (1986). Selangkah ke kubur. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd, Selangor
.
[1] Kamus Dewan Edisi Baru
(1989M), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 1324.
[2] Ibid, hal. 1072.
[3] Abdul Wahhab bin Abdul
Salam Tawilah (1986/1406M), Fiqh al-Asyribah wa Hadduha Aw Hukm al-Islam fi
al-Muskirat wa al-Mukhaddirat wa al-Tadkhin wa Turuq Mualajatiha, Kaherah,
Dar al-Salam, hal. 435.
[4] Syuib Abdul Munim
al-Ghabbasi (t.t), al-Sijarah Muqabbirah al-Mudakhkhinin, Kaherah, Dar al-Fadhilah,
hal. 15.
[5] Ahmad Ridzwan bin Mohd
Noor (2003), Amalan Merokok Dikalangan Masyarakat Melayu Di Masjid Tanah,
Melaka: Satu Kajian Dari Perspektif Hukum Islam, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, hal. 31.
[6] Ibid, hal. 32.
[7] Rasul Dahri (1997), Hukum
Mengenai Rokok dan Mencukur Janggut, Johor, Perniagaan Jahabersa, hal. 15.
[8] Ahmad bin Abdul Aziz
al-Hussain (1409H), al-Tadkhin Haza al-Waba’ al-Qatil, Taif, Maktabah
al-Tarafain, hal. 16.
[9] Nor Anita Megat Mohd
Nordin dan Che Mazlan Saad (1997), Merokok Membakar Diri, Wang dan Keluarga,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Pustaka, hal 14-16.
[10] Madziatul Akma binti Adl
Aziz (2009), Fatwa Larangan Merokok: Kajian di Kalangan Warga Universiti
Malaya, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hal. 42.
[11] Nor Azrie Saleh (1996), Fatwa
Pengharaman Rokok: Tinjauan Umum Reaksi Masyarakat di Selangor, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, hal. 11.
[12] Ibid
[13] Ibid.
[14] Abdul Karim Zaidan
(1997), al-Mufassal fi ahkam al-mar’ah wa al-Bait al- Muslim fi al-Syariah
al-Islamiyyah, jilid 3 Beirut : Muassah al-Risalah, hal 66 dalam Ahmad Ridzwan
Mohd Noor (2003), Amalan Merokok Di Kalangan Masyarakat Melayu Di Masjid Tanah,
Melaka : Satu Kajian Dari Perspektif Hukum Islam, Universiti Malaya, hal. 54
[15] Mamduh Fakhri Julihah
(Dr), (27-30 Jamadil Awwal 1420H/ 3-5 March 1982), al-Tadkhin Baina al-Ilm wa
al-Din, Saudi : Muktamar di Madinah al-Munawwarah, hal.23 dalam Ibid hal. 55
[16] Al-Habib Abdullah bin
Alwi al-Haddad (t.t), Tathbit al-Fuad, jld 2: T.T.P : Al-Sayyid Ali bin Isa
al-Haddad (waris pemulis), hal 231, al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad
al-Alwi al-Husaini al-Hadrami, seorang
Ulama’ Hadaral Maut yang wafat pada tahun 1132 H dan banyak menulis kitab yang
mahsyur seprti al-Dakwah al-Taammah wa al-Tazkirah al-Ammah, wa an-Nasaih
al-Diniyyah wa al—Wasaya al-Imaniah dan banyak lagi;
[17] Mamduh Fakhri Julihah,
Dr, (27-30 Jamadil Awwal 1402H/ 3-5 March 1982, op.cit, hal 36-37
[18] Al-Syeikh Muhammad ‘Ali
bin Husin (mufti dari mazhab Maliki),(T.T), Tahzib al-Furuq wa al-Qawaid
al-Sunniah, j.1, cetakan kulit tepi kitab al-Furuq oleh Imam al-Qarafi, hal 216
[19] Manmud Syaltut (1983),
al-Fatawa Dirasah Li Mushkilat al-Mu’allim al-Ma’asir fi Hayat al-Yuamiyyah wa
al-Ammah, Beirut: Dar al-Syuruk, hal. 383-385
[20] Abdullah Nasih Ulwan,
(1983), Tarbiyah al-Aulad fi al-Islam, j.1 Kaherah: Daral-Salam, hal. 223-225
[21] Dr. Yusuf al-Qardhawi
(1992), al-Halal Wa al-Haram Fi Islam, Kaherah, Maktabah Wahbah, hal.78
[22] majmuk al-fatawa.
[23] Mahmud Syaltut (1983),
al-Fatawa Dirasah li Mushkilat al-Mua’allim al-Ma’asir fi Hayat al-Yaumiyyah wa
al-Ammah, Beirut : Dar al-Syuruk, hal. 383-385
[24] Abu Daud (t.t)., Sunan
Abu Daud, j.3, Kaherah; Dar al-Hadis, hal : 327 (no. 3686), Nasaruddin
al-Albani (1990), Dhaif al-Jamie as-saghir wa Ziadatuhu, AL-Maktabah al-Islami,
hal 875, beliau berpendapat hadis ini adalah dhaif
[25] Ibn al-Athir (t.t),
al-Nihayah fi Gharib al-Hadis wa al-Athar, j. 3 Mesir: Dar Ehya al-Kutub
al-Arabiah li Sahibiha Isa al-Babi al-Halabi Wa Syirkuhu, hal. 408
[26] Ibn Hajar al-Haitmi
(t.t), al-Zawajir an al-Kabair, hal. 172
[27] Muhammad Syamsul Haq
al-Azim Abadi (1995), Aunun Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, Beirut : Dar-al-Fikr,
hal. 103
[28] Abi al-Fadl Jamaluddin
Muhammad bin Mukrim Ibn Manzur al-Afriqi
al-Misri, (1994), Lisan al-Arab, Beirut : Dar al-Sadir, hal.43
[29][29] Ibn
Hamdun (t.t), Tahzib al-Furuq Wa al-Qawaid As-Sunniah, hal 216-217
[30] Ibn Abididn, Op.cit, jld
10, hal 40-41
[31] Majallah Fiqhi al-Islami
(1993), tahun ke -6, bil 7, hal 156
[32] Mamduh Fakhri Julihah,
Dr. (1982), al-Tadkhin Baina al-Ilm Wa al-Din, Saudi : Mukhtamar di Madinah
al-Munawwarah, hal 23.
[33] Abdul Rahman al-Jaziri
(1998), Kitab al-Fiqh ala-Mazahib al-Arba’ah, Beirut, Dar Ehya al-Turath
al-Arabi, hal 34
[34] Hukum wadie adalah segala
perintah Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf sehingga menjadinya
suatu sebab atau larangan atau sah atau fasad.
[35] Ahmad Ridzwan Mohd Noor
(2003), Amalan Merokok Di kalangan Masyarakat Melayu Di Masjid Tanah, Melaka :
Satu Kajian Dari Perspektif Hukum Syarak, Univerisiti Malaya, Kuala Lumpur
(disertasi)
[36] Encylopadea Britanica,
(1969) volume 17. USA: William Benton Publisher. Ms. 677.
[37] Dr Ibrahim Madkur (1972).
Mu’jam al-Wasit, Kaherah, ms.220.
[38] Teuku Iskandar (1989),
Kamus Dewan, Kuala Lumpur : dewan bahasa dan Pustaka, ms. 239.
[39] Wan Azmi Ramli (1986).
Selangkah ke kubur. Selangor : Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd, ms 26
[40] Encylopadea
Britanica, volume 10. . Ms. 984.
[41] Ahmad al-Hasni (1972), al-Hudud
Wa al-Asyribat Fi Fiqh al-Islam, ‘Uman, Maktabat al-Aqsa, hal. 361.
[42] TPP (DSP) Mohd Reduan
Aslie (1990), Jenayah di Malaysia: Aliran, Punca, Penyelesaian, Kuala
umpur, AMK Interaksi Sdn. Bhd, hal 212.
[43] Al-Imam al-Hafiz Abi Daud
Sulaiman bin al-Asy’at b. Ishaq al-Sajastani al-Azdi (1952), Sunan Abi Dawud
juz. 3, bil. 3686. Mesir, Matba’at al-Babi al-Halabi, hal. 329.
[44] Mahmud Syaltut, Op. cit,
hal. 346.
[45] Abi Isa Muhammad b. Isa
(t.t), Sunan al-Tirmidhi juz.4, Mesir, Mustafa al-Babi al-Halabi wa
Auwaladuh, hal. 341.
[46] Al-Imam al-Hafiz Abu
Dawud Sulaiman b. al-Asy’at, Op. cit, hal. 292.
[47] Hasimah binti Mustapha
(1998), Penggunaan Ubat Batuk : Satu Penelitian dari sudut Hukum,Akademi
Pnegajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur hal. 68-74
[48] Abi Abdullah Al-Syaibani
(1993m/1414 h) Musnad Imam Ahmad bin Hanbal,Beirut Lubnan,hlm.322
[49] Muhammad Yusuf al-Qardawi
(1978), halal dan Haram dalam Islam, Cetakan Kedua 2011,Darul Syakir
Enterprise
[50] Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam
Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah
[51] (Al-Madkhal
Al-Fiqhil ‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/992)

Wanna Say ~ jazakallah bestnya ilmu ini kalau bloq nie mempunya butang like Kan best :)
ReplyDeletealhamdulillah..ilmu dr Allah..sy cuma share je..syukran alaikh atas komen...in sha Allah akan buat penambahbaikan dalam blog ni..:)
ReplyDelete